KAWASAN AHLI MAJLIS 06/07

ZON PENGUATKUASA

PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN

ADUAN

 


pengumuman

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat yang telah berjaya mewujudkan Laman Majlis Daerah Kuala Langat.

Harapan saya agar Laman ini akan digunakan sebagai satu saluran maklumat terkini yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Majlis Daerah Kuala Langat. Laman Majlis Daerah Kuala Langat ini akan memperkenalkan Majlis Daerah Kuala Langat ke serata dunia melalui Internet . Dari aspek sejarah, Kuala Langat merupakan pusat pentadbiran Negeri Selangor yang awal di mana Sultan Abdul Samad telah mendirikan istana serta pusat pentadbirannya di Jugra. Hari ini, Kuala Langat merupakan pusat tumpuan industri teknologi tinggi dan industri berat serta sebahagian daripada kawasannya terletak di dalam jaluran Koridor Raya Multimedia.

Laman Majlis Daerah Kuala Langat ini juga akan memuatkan maklumat- maklumat berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis, kawasan pelancongan, perindustrian dan rekreasi. Peluang ini akan dieksploitasi oleh Majlis untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Kuala Langat. Orang ramai juga boleh mengambil peluang dari maklumat di Laman Majlis untuk meninjau peluang-peluang ekonomi yang akan diwujudkan. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama bekerja untuk mewujudkan Laman Majlis Daerah Kuala Langat ini

Sekian,wassalam..

TUAN MOHD AHIR BIN HAJI ZAWAWI

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT






MAKLUMAT MDKL

Semakan Pembayaran Cukai

Cukai taksiran penggal pertama bagi tahun 2006 telah pun dikeluarkan dan dihantar secara pos bermula dari 01hb Januari 2007. Sekiranya anda tidak menerimanya dalam tempoh 15 hari silalah datang ke pejabat kami untuk mendapatkan bil salinan dan rujukan alamat surat-menyurat.
Bayaran bolehlah dibuat selewat-lewatnya pada 28hb Februari 2007. Denda lewat sebanyak RM5.00 atau 5% (yang mana lebih besar) akan dikenakan selepas dari tempoh yang disebutkan di atas.
Kaunter-kaunter di Dewan Orang Ramai Sg. Jarum, Telok Panglima Garang dan Tanjung Sepat dibuka pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad dari 9.00pg hingga 12.00tgh). Manakala Kaunter di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat juga dibuka pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu (dari 9.00pg hingga 4.00ptg. Kecuali cuti umum).
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskannya. Jangan biarkan harta anda disita.

 

username:
password:

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT Copyright © 2006 [Webmaster MDKL]
Persiaran Majlis, Off Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting
Tel : 603-31872825 Fax: 603-31879304 E-mail: admin@mdkl.gov.my
HOTLINE ADUAN: 03-55105811
ADUAN ONLINE: aduan@mdkl.gov.my