Soalan Lazim Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan : Apakah jenis aktiviti pelancongan di Daerah Kuala Langat?

Jawapan :

      Homestay

  1. Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung.
  2. Bagi pengunjung dari Bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancogan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup di yang mewah.
  3. Pengunjung akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh penduduk kampung dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.
  4. Lokasi kampung-kampung yang tersenarai bagi aktiviti ini biasanya di Kampung Kanchong Darat, Kampung Endah, Kampung Batu Laut.
  5. Kampung Kanchong Darat terkenal dengan keindahan dan kebersihan kampung itu sehingga dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkata Kebangsaan tahun 2000 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  6. Manakala Kampung Endah pula telah dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan pada tahun 1990.
  7. Kampung Batu laut pula menjadi johan bagi pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Homestay ini, anda bolehlah menghubungi:

Tel / Fax             : 03-31878500
H/p                     : 013-3874496
Email                  : arijal@kits.net.my
Laman web        : www.angelfire.com/alt/homestay

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9