KAWASAN AHLI MAJLIS 06/07

ZON PENGUATKUASA

PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN

ADUAN


Nama Tempat: Stadium Jugra
Alamat: Stadium Jugra, Jalan Stadium Telok Datok, 42700 Banting

Syarat-syarat sewaan dan penggunaan stadium:
1.Tempahan hendaklah dibuat secara bertulis ataupun dengan mengisi borang permohonan sewa.

2.Tempahan hendaklah dibuat 2 minggu lebih awal.

3.Bayaran sewa stadium dan cagaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh akhir penggunaan.

4.Sekiranya bayaran tidak di buat, tempahan akan dibatalkan.

5.Pembatalan stadium perlu dibuat seminggu lebih awal.

6.Keselamatan dan kerosakan stadium serta harta benda Majlis Daerah Kuala Langat adalah tanggung jawab penyewa.

7.Kebersihan di dalam dan di luar kawasan dewan dan stadium adalah tanggungjawab penyewa selepas penggunaan.

8.Dilarang membawa masuk makanan haram,minuman keras dan binatang perliharaan ke dalam dewan. Dilarang berniaga didalam ataupun diluar stadium tanpa kebenaran dari pihak Majlis Daerah Kuala Langat.

9.Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,pihak MDKL terpaksa menggunakan stadium pada tarikh yang telah ditempah, maka tempahan terpaksa dibatalkan dan wang cagaran dan pendahuluan akan dikembalikan sepenuhnya.

10.Penyewa hendaklah menggunakan alat-alat elektrik yang ada didalam stadium dengan cermat.

 






MAKLUMAT MDKL

Semakan Pembayaran Cukai

Cukai taksiran penggal pertama bagi tahun 2006 telah pun dikeluarkan dan dihantar secara pos bermula dari 01hb Januari 2007. Sekiranya anda tidak menerimanya dalam tempoh 15 hari silalah datang ke pejabat kami untuk mendapatkan bil salinan dan rujukan alamat surat-menyurat.
Bayaran bolehlah dibuat selewat-lewatnya pada 28hb Februari 2007. Denda lewat sebanyak RM5.00 atau 5% (yang mana lebih besar) akan dikenakan selepas dari tempoh yang disebutkan di atas.
Kaunter-kaunter di Dewan Orang Ramai Sg. Jarum, Telok Panglima Garang dan Tanjung Sepat dibuka pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad dari 9.00pg hingga 12.00tgh). Manakala Kaunter di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat juga dibuka pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu (dari 9.00pg hingga 4.00ptg. Kecuali cuti umum).
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskannya. Jangan biarkan harta anda disita.

 

username:
password:

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT Copyright © 2006 [Webmaster MDKL]
Persiaran Majlis, Off Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting
Tel : 603-31872825 Fax: 603-31879304 E-mail: admin@mdkl.gov.my
HOTLINE ADUAN: 03-55105811
ADUAN ONLINE: aduan@mdkl.gov.my