KAWASAN AHLI MAJLIS 06/07

ZON PENGUATKUASA

PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN

ADUAN


pengumuman

1.Menjaminkan layanan yang mesra di dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.

2.Menilai cukai taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MDKL dengan cekap.

3.Menguruskan kutipan hasil dan mengawal perbelanjaan dengan telus dan cekap.

4.Merancang pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat dengan lebih efektif dan teratur dan mengindahkan kawasan MDKL berkonsepkan 'Bandar dalam Taman'.

5.Permohonan lesen diproses dengan cepat,cekap serta sentiasa memastikan kebersihan dan kesihatan awam dalam keadaan terkawal.

6.Menyediakan dan menyelenggara kemudahan prasarana dan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk.

7.Memastikan pelan bangunan dan perakuan kelayakan menduduki bangunan diproses dengan cepat dan cekap.

8.Memastikan perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara bersih,adil dan saksama.

 

 






MAKLUMAT MDKL

Semakan Pembayaran Cukai

Cukai taksiran penggal pertama bagi tahun 2006 telah pun dikeluarkan dan dihantar secara pos bermula dari 01hb Januari 2007. Sekiranya anda tidak menerimanya dalam tempoh 15 hari silalah datang ke pejabat kami untuk mendapatkan bil salinan dan rujukan alamat surat-menyurat.
Bayaran bolehlah dibuat selewat-lewatnya pada 28hb Februari 2007. Denda lewat sebanyak RM5.00 atau 5% (yang mana lebih besar) akan dikenakan selepas dari tempoh yang disebutkan di atas.
Kaunter-kaunter di Dewan Orang Ramai Sg. Jarum, Telok Panglima Garang dan Tanjung Sepat dibuka pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad dari 9.00pg hingga 12.00tgh). Manakala Kaunter di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat juga dibuka pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu (dari 9.00pg hingga 4.00ptg. Kecuali cuti umum).
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskannya. Jangan biarkan harta anda disita.

 

username:
password:

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT Copyright © 2006 [Webmaster MDKL]
Persiaran Majlis, Off Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting
Tel : 603-31872825 Fax: 603-31879304 E-mail: admin@mdkl.gov.my
HOTLINE ADUAN: 03-55105811
ADUAN ONLINE: aduan@mdkl.gov.my