MENU

Majlis Daerah Kuala Langat Dan Showa Denko Carbon (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Guna Saya Semula pada 10 Februari 2018 jam 12.00 tengahari bertempat di Ruang Legar Pasaraya Giant Banting.

Program “Guna Saya Semula” merupakan sebuah aktiviti yang menggunakan banner dan gegantung terpakai (reuse) dengan menghasilkan beg guna semula. Ianya adalah selaras dengan Kempen #bebasplastik Negeri Selangor dengan matlamat mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggalakkan orang ramai menggunakan beg guna semula semasa membeli belah.

Datanglah beramai-ramai bagi menyokong program ini dan dapatkan beg guna semula secara percuma.