MENU
» Piagam Pelanggan MDKL   » Jabatan Perancangan Pembangunan
» Jabatan Khidmat Pengurusan   » Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
» Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan   » Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
» Jabatan Kawalan Bangunan   » Unit Pusat Setempat (OSC)
» Jabatan Landskap   » Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat
» Jabatan Perbendaharaan   » Unit Audit Dalam
» Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran   » Unit Perundangan
» Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)   » Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
» Pejabat Cawangan Bandar Saujana Putra  

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah melalui pembangunan ekonomi, sosial serta pemeliharaan alam sekitar yang seimbang. Ke arah itu kami berjanji:-

  1. Memastikan permohonan kebenaran merancang diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang B2 sekiranya ada bantahan daripada lot bersempadanan.
  2. Memastikan permohonan pelan alamat diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan Borang B2.
  3. Memastikan permohonan ulasan pecah bahagian tanah, tukar syarat  tanah dan pemberimilikan tanah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari.
  4. Mewartakan Rancangan Tempatan (Pengubahan) dalam  tempoh 6 bulan selepas persetujuan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN) mengikut subseksyen 15(1)(c) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
  5. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan sebanyak 12 kali setahun.