MENU
» Piagam Pelanggan MDKL   » Jabatan Perancangan Pembangunan
» Jabatan Khidmat Pengurusan   » Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
» Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan   » Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
» Jabatan Kawalan Bangunan   » Unit Pusat Setempat (OSC)
» Jabatan Landskap   » Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat
» Jabatan Perbendaharaan   » Unit Audit Dalam
» Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran   » Unit Perundangan
» Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)   » Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
» Pejabat Cawangan Bandar Saujana Putra  

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara. Ke arah itu kami berjanji:-

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM DAN PEROLEHAN

  1. Mengedarkan surat-surat ke jabatan-jabatan MDKL dalam tempoh 1 hari dari tarikh diterima.
  2. Mengeluarkan Notis Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis dalam tempoh 3 hari sebelum mesyuarat.
  3. Permintaan barang-barang stor akan dibekalkan dalam tempoh 1 hari jika ada stok.
  4. Pengurusan tempahan kenderaan jabatan diuruskan dalam tempoh 1 hari selepas permohonan diluluskan.
  5. Menguruskan permohonan kelulusan elaun-elaun dan tuntutan bayaran insentif dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

  1. Kursus/Latihan kepada kakitangan secara `In-House` akan diadakan sekurang-kurangnya 5 kali setahun.
  2. Urusan persaraan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
  3. Menguruskan surat perakuan majikan dalam tempoh tiga hari bekerja jika dokumen lengkap.

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Memastikan rangkaian komputer di dalam keadaan baik dan segala kerosakkan rangkaian komputer di baikpulih dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemakluman kerosakkan.
  2. Memastikan penyelenggaraan dan kerosakan perkakasan komputer dibaikpulih dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemakluman kerosakan.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN

Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti. Ke arah itu kami berjanji:-

  1. Menentukan tindakan penguatkuasaan mengikut Akta, Perintah, Enakmen dan Undang-undang kecil yang digunapakai oleh MDKL dengan mengadakan rondaan sebanyak 1920 kali setahun.
  2. Memastikan tindakan setiap aduan awam disiasat dalam tempoh 24 jam
  3. Menjalin kerjasama dan bantuan kepada jabatan agensi sekurang-kurangnya 12 kali setahun dan dilaksanakan secara sistematk
  4. Memproses permohonan petak khas dalam tempoh 14 hari bekerja
  5. Meningkatkan tahap kefahaman dan mendidik orang awam melalui penguatkuasaan undang-undang yan digunapakai MDKL dengan mengadakan operasi berjadual 350 kali setahun.