MENU
» Piagam Pelanggan MDKL   » Jabatan Perancangan Pembangunan
» Jabatan Khidmat Pengurusan   » Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
» Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan   » Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
» Jabatan Kawalan Bangunan   » Unit Pusat Setempat (OSC)
» Jabatan Landskap   » Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat
» Jabatan Perbendaharaan   » Unit Audit Dalam
» Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran   » Unit Perundangan
» Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB)   » Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
» Pejabat Cawangan Bandar Saujana Putra  

PIAGAM PELANGGAN MDKL

  1. Menjamin layanan yang mesra dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.
  2. Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.
  3. Menilai cukai taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MDKL dengan cekap.
  4. Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  5. Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah melalui pembangunan ekonomi, sosial serta pemeliharaan alam sekitar yang seimbang.
  6. Mengawal segala bentuk perniagaan menerusi suatu sistem yang efisien serta melaksanakan aktiviti kesihatan persekitaran bagi mewujudkan kehidupan yang selesa dan berkualiti.
  7. Melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran yang selesa, harmoni dan sejahtera.
  8. Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk.
  9. Memastikan pelan bangunan dan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan diproses dengan cepat dan cekap.
  10. Pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran yang indah selaras dengan konsep “Bandar Dalam Taman”.
  11. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dua kali dalam satu bulan.
  12. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawaian yang diterima umum.
  13. Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
  14. Memastikan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama dalam keadaan yang memuaskan serta pembeli memperoleh hak milik strata seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 dan Akta Hakmilik Strata 1985.