FUNGSI JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Objektif :
Mewujudkan pembangunan yang mampan melalui kelulusan pelan perancangan pembangunan tanah serta menyediakan kemudahan rekreasi untuk meningkatkan keselesaan kualiti kehidupan awam.
Fungsi-Fungsi :
- Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur, kebenaran merancang tanah, merancang perubahan kegunaan tanah, pelan landskap dan pelan alamat.
- Menyediakan asas rujukan dan melaksanakan mengenai perancangan Bandar terhadap masalah dan isu-isu Perbandaran.
- Membuat ulasan permohonan tukar syarat tanah, pecah sempadan tanah, menyatukan tanah.
- Penwartaan keluasan kawasan MDKL.
- Menyediakan pelan-pelan pembangunan, data-data dan maklumat dalam sistem GIS.
- Mengawasi masalah setinggan dan kilang-kilang haram.