MENU

 

Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, S.I.S, P.P.T
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman sesawang  Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita diberi kemudahan dan kesempatan untuk menggunakan internet sebagai wadah mendapatkan dan menyampaikan informasi yang terkini.  

Demi mencapai sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang berintegriti serta berdaya saing, MDKL akan menumpukan fungsi penguatkuasaan dengan lebih telus dan kerap bagi separuh penggal kedua 2018 dan tahun-tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, penumpuan terhadap kilang-kilang yang beroperasi secara haram terutama kilang memproses plastik haram akan dititikberatkan bagi memastikan daerah Kuala Langat bebas pencemaran. Selain daripada itu, tahap kebersihan terutama restoran dan gerai makan dalam daerah Kuala Langat juga akan sentiasa dipantau. MDKL akan sentiasa melaksanakan aktiviti rutin pemeriksaan terhadap restoran dan gerai makan berkaitan demi kesejahteraan dan kesihatan khususnya penduduk daerah Kuala Langat.

Akhir kata, saya amat berharap agar isu kilang memproses plastik haram yang telah wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan dihapuskan sama sekali di daerah Kuala Langat.  Oleh itu saya menyeru kepada warga MDKL dan penduduk daerah Kuala Langat khususnya untuk sama-sama menerapkan budaya cintakan alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Kuala Langat Indah dan Harmoni”

 

 

 

 

Kemas kini pada 9 Oktober 2018