Draf Rancangan Tempatan Draf Rancangan Tempatan

Definisi Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Struktur Daerah, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas, Daerah Kuala Langat.

  • Rancangan  Fizikal Negara.

Rancangan Fizikal Negara ( RFN ) merupakan satu perancangan yang meliputi Semenanjung Malaysia. RFN tersebut perlu dikaji semula tiap – tiap lima tahun atau sebelumnya jika terdapat arahan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara. Runding dan perbincangan dengan tiap – tiap Pihak Berkuasa Negeri dan mana – mana pihak berkuasa atau badan lain yang diarahkan oleh Majlis
Draf Rancangan Fizikal Negara adalah satu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar – dasar strategik bagi maksud menentukan haluan dan arah aliran am pemajuan fizikal bagi negara. RFN tersebut juga perlu disertakan dengan apa–apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskandasar – dasar strategik  dan mengandungi perkara – perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis dalam mana – mana kes yang tertentu.  

  • Rancangan Struktur Daerah Kuala Langat.

Rancangan Struktur Daerah Kuala Langat adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi dasar – dasar dan cadangan am pemajuan dan penggunaan tanah serta langkah – langkah untuk memperbaiki alam sekitar, fizikal, sosioekonomi serta sistem perhubungan dan pengangkutan. Pernyataan bertulis ini akan disokong oleh gambarajah mengenai penggunaan tanah daerah dimasa hadapan.

  • Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan adalah satu peta dan disokong oleh garispanduan pembangunan yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan – cadangan pihak berkuasa perancangan tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah.

Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020

Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 telah dimulakan pada 24 September 2001. ANZ Planners Sdn Bhd. telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan melalui JPBD Semenanjung Malaysia. Laporan awal telah diluluskan pada 20 November 2001 oleh Jawatankusa Teknikal. Pada 22 Januari 2003 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam,Bengkel Perundinagan Awam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 telah diadakan.

Majlis perasmian Seranta dan Penyertaan Awam telah diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam pada 21 Julai 2003 jam 3.00 petang. Setiap Daerah telah menghantar wakil seramai 20 orang meliputi PBT & PTD bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Pameran Laporan Pemeriksaan RSN selangor diadakan secara serentak di 10 buah lokasi dalam Negeri Selangor bermula 21 Julai 2003 hingga 1 Ogos 2003. Sidang Media juga telah diadakan pada 21 Julai 2003 di Hotel Concorde Shah Alam. Majlis Dialog bagi Laporan pemeriksaan RSN Selangor 2002 – 2020 di peringkat daerah telah diadakan di Dewan Sri Jugra pada 13 Ogos 2003 jam 9.00 pagi bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas orang awam terhadap Laporan pemeriksaan RSN Selangor 2002 – 2020 yang telah dipamerkan.

Majlis pelancaran bagi Seranta dan Bantahan Awam telah diadakan pada 1 Julai 2005 di Hotel Concorde Shah Alam dan Telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Dr. Mohamad Khir bin Toyo. Pameran Seranta dan Bantahan Awam di peringkat Daerah Kuala Langat pula telah diadakan di ruang legar Majlis Daerah Kuala Langat bermula dari 11 Julai 2005 hingga 21 Julai 2005. Bilangan pelawat dan orang awam yang telah mengunjungi pameran tersebut adalah seramai 61 orang, borang – borang bantahan/penyertaan awam telah diedarkan. Tarikh akhir penghantaran borang tersebut adalah pada 31 Julai 2005.
Pada 29 Julai 2005, Majlis Dialog Seranta Dan Bantahan Awam Draf RSN Selangor 2002 – 2020 telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang, Kajang, Selangor. Di dalam majlis tersebut pengerusi telah memaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran borang bantahan dilanjutkan dari 31 Julai 2005 kepada 15 Ogos 2005. Pindaan terhadap tarikh tersebut adalah untuk memberi tempoh dan peluang kepada awam dalam mengemukakan cadangan dan bantahan.

 

Mukasurat: 1  2  3  

  Web
Mobile
    Galeri
Foto
  Galeri
Video
  Galeri
Audio
    Langganan
Berita