KAWASAN AHLI MAJLIS 06/07

ZON PENGUATKUASA

PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN

ADUAN


pengumuman

Musyaratah
Menetapkan apakah syarat-syarat di sebalik tercapainya hajat untuk memapan pembangunan dalam masyarakat madani yang penuh dengan insan-insan rabbani.

Muraqabah
Menerima kehadiran Allah S.W.T. dalam segala urusan. Jangan lupa bahawa Allah S.W.T. Maha melihat. Usaha-usaha yang dibuat mestilah berdasarkan pada keinsafan bahawa kejayaan berkekalan tidak mungkin tercapai jika mengabaikan kehadiran Allah S.W.T.

Muhasabah
Menilai diri dan kelemahan yang ada. Dengan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan diri, iltizam dibuat untuk sentiasa memperbaiki diri.

Mu'aqobah
Mendidik jiwa untuk ikhlas dan suci. Tidak ada jalan pintas untuk menikmati kemanisan yang berkekalan tanpa direstui ILahi. Jiwa perlu kental sesuai dengan sasaran dan idealisme yang ditetapkan.

Mujahadah
Usaha yang bersungguh-sungguh. Jangan sekadar membuat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. Setiap kerja memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perancangan rapi.

Mu'atabah
Tegas dan jelas dalam mencela segala aspek yang jahat dalam diri. Bermula dengan menghakis kejahatan dalam diri sendiri sebelum melihat kejahatan dalam diri orang lain.

 






MAKLUMAT MDKL

Semakan Pembayaran Cukai

Cukai taksiran penggal pertama bagi tahun 2006 telah pun dikeluarkan dan dihantar secara pos bermula dari 01hb Januari 2007. Sekiranya anda tidak menerimanya dalam tempoh 15 hari silalah datang ke pejabat kami untuk mendapatkan bil salinan dan rujukan alamat surat-menyurat.
Bayaran bolehlah dibuat selewat-lewatnya pada 28hb Februari 2007. Denda lewat sebanyak RM5.00 atau 5% (yang mana lebih besar) akan dikenakan selepas dari tempoh yang disebutkan di atas.
Kaunter-kaunter di Dewan Orang Ramai Sg. Jarum, Telok Panglima Garang dan Tanjung Sepat dibuka pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad dari 9.00pg hingga 12.00tgh). Manakala Kaunter di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat juga dibuka pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu (dari 9.00pg hingga 4.00ptg. Kecuali cuti umum).
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskannya. Jangan biarkan harta anda disita.

 

username:
password:

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT Copyright © 2006 [Webmaster MDKL]
Persiaran Majlis, Off Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting
Tel : 603-31872825 Fax: 603-31879304 E-mail: admin@mdkl.gov.my
HOTLINE ADUAN: 03-55105811
ADUAN ONLINE: aduan@mdkl.gov.my